Penantian satu penyiksaan.. Memang benar tajuk lagu yang disampaikan oleh Blackrose tu.. Aku masih tercari2 cinta sejati yang aku sangat2 perlukan ketika ini.. Cinta dari seorang kekasih yang bernama wanita.. Pasti cinta dari Tuhan lebih baik..Dulu aku pernah bercinta, tapi putus ditengah jalan.. Cinta yang aku harapkan tak menjadi.. Wanita itu aku rasakan terlalu mengongkongku.. Tetapi kini, Wanita itu yang aku harapkan menjadi suri hidupku.. Saat aku tinggalkannya dahulu, aku berlalu pergi tanpa sebarang sebab & khabar.. Terlalu sukar untuk aku memberi punca perpisahan itu.. Wanita itu yang kusanjung kini membuatku tertunggu2 kerana sukar untuk Wanita itu menerimaku kembali..
Selepas aku berlalu pergi, Wanita itu bertemu kekasih baru.. Kekasih yang diharapkan mampu melindunginya, menjaganya, membelainya & memanjakannya juga seperti aku.. Tidak seperti yang diharapkan.. Setelah madu diambil, sepah dibuang.. Aku pasti lebih baik dari lelaki itu.. Aku tidak pernah mengharapkan sesuatu yang bukan2 dan juga tidak pernah meminta yang bukan2.. Aku berasa sangat bersalah kerana andainya aku tidak meninggalkannya dahulu, aku pasti bahagia kini bersama Wanita itu.. Selepas aku berlalu pergi dahulu, aku juga bertemu Kekasih baru.. Kekasihku juga sepertiku.. Menyayangiku dan juga hartaku.. Aku berhabis beribu2 untuknya kerana bagiku harta tidak kemana2.. Akhirnya aku tetap kecewa & merana.. Kekasihku juga mempunyai kekasih lain selain dariku.. Aku dipermainkan oleh Kekasihku.. Mungkin itu balasan Tuhan bagiku kerana pernah mempermainkan Wanita itu..
Oh Tuhanku, ampunkan segala dosaku.. Terimalah taubatku.. Peliharalah aku dari kejahatan dan kezaliman.. Oh wanita, maafkan aku.. Aku juga insan biasa yang mempunyai perasaan.. Aku mengharapkan yang terbaik bagiku dan bagimu.. Andai aku bersalah pada suatu ketika dahulu kerana meninggalkanmu, bukalah pintu hatimu kembali untuk menerimaku.. Lupakan segala kenangan lalu.. Aku bersedia menerimamu kembali walaupun aku tahu keadaanmu ketika ini.. Aku terlalu menyintaimu lebih dari yang kau tahu.. Marilah bersamaku membina hidup baru.. Berkeluarga dan melahirkan zuriat untukku.. Bahagia hingga ke anak cucu..
Kini aku sedar bahawa apa yang aku lakukan & kerjakan pasti akan menerima balasan.. Wanita itu berlalu pergi kini meninggalkanku seperti apa yang kulakukan padanya suatu ketika dahulu.. Wanita itu bukan milikku..
No comments:
Post a Comment