Tuesday, November 4, 2008

Neraka

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanam-Ku itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua’lam

Monday, November 3, 2008

Lupakan Si Dia

mmm.. takde ape yang menarik berlaku hari ini.. cume, aku ade terkilan sedikit sebab selalu aku menasihatkn org utk berubah tp kadang2 aku juga masih berada ditempat yang sama.. hari ini juga, aku rasa bertuah sangat sbb aku dapat nasihatkn seseorg utk berubah & aku juga berjanji aku akan turut berubah.. bukan berubah jadi ultraman @ kamen rider.. tp berubah dari segi pemikiran, perasaan, tingkah laku dan sbgnya.. kita manusia biasa takkan lari dari melakukan kesilapan.. yang penting kita perlu sedar dr kesilapan tersebut n cuba utk berubah.. ape yang ingin aku tekankan disina ialah, kadang2 aku kasihan melihat anak2 gadis melayu yang terlalu mudah mengikut permintaan buah hati masing2 atas dasar sayang.. ape ade pd sayang? adakah sayang cukup utk mereka2 itu memberikan segala2nya pd lelaki termasuk tubuh badan mereka? dr segi kajian psikologi, mereka ini kebanyakan terdiri dr insan2 terpelajar yang mempunyai pendidikan sekurang2nya diploma @ ijazah.. benar kata2 kawanku.. jgn pandai blajar tp bodoh nak hidup, biar bodoh blajar tp pandai nak hidup.. bg perempuan2 diluar sana yang pernah terlanjur dengan buah hati masing2, kasihanilah pd ibu bapa yang berpenat lelah membesarkan anda, menjaga anda, membelai anda, memanjakan anda, mendidik anda & memberikan apa yang anda minta.. mereka tidak meminta balasan tp, apakah yg berlaku itu sebagai balasan anda kepada jasa org tua anda? lupakan segala kisah silam & mulakan hidup baru.. bagi gadis2 yang telah ditinggalkan, itu lebih baik dari anda terus menanggung dosa.. lupakan si dia.. dia insan yang tak bertanggungjawab.. anda berhak yg lebih baik.. lebih ramai lelaki yg bertanggungjawab diluar sana yg ingin memiliki cinta anda.. tanya hati anda, adakah si dia juga yg menjadi lelaki pilihan anda? buat pilihan yg bijak.. jika dia lelaki bertanggungjawab, dia takkan memperlakukan anda sebegitu.. jgn terus terbelenggu dalam kancah MAKSIAT.. sesungguhnya ZINA itu adalah DOSA BESAR.. Mungkin sekarang anda hidup aman di DUNIA, tetapi di AKHIRAT kelak anda akan dibakar didalam api yg marak menyala.. Nauzubillahi Minzalik..

Friday, October 31, 2008

Hari Ini & Semalam


Semalam aku bergaduh lagi.. Aku sudah letih & penat..
Hari ini aku nekad, aku akan pergi.. Aku pergi dulu..

Wanita Itu Bukan Milikku

Penantian satu penyiksaan.. Memang benar tajuk lagu yang disampaikan oleh Blackrose tu.. Aku masih tercari2 cinta sejati yang aku sangat2 perlukan ketika ini.. Cinta dari seorang kekasih yang bernama wanita.. Pasti cinta dari Tuhan lebih baik..

Dulu aku pernah bercinta, tapi putus ditengah jalan.. Cinta yang aku harapkan tak menjadi.. Wanita itu aku rasakan terlalu mengongkongku.. Tetapi kini, Wanita itu yang aku harapkan menjadi suri hidupku.. Saat aku tinggalkannya dahulu, aku berlalu pergi tanpa sebarang sebab & khabar.. Terlalu sukar untuk aku memberi punca perpisahan itu.. Wanita itu yang kusanjung kini membuatku tertunggu2 kerana sukar untuk Wanita itu menerimaku kembali..

Selepas aku berlalu pergi, Wanita itu bertemu kekasih baru.. Kekasih yang diharapkan mampu melindunginya, menjaganya, membelainya & memanjakannya juga seperti aku.. Tidak seperti yang diharapkan.. Setelah madu diambil, sepah dibuang.. Aku pasti lebih baik dari lelaki itu.. Aku tidak pernah mengharapkan sesuatu yang bukan2 dan juga tidak pernah meminta yang bukan2.. Aku berasa sangat bersalah kerana andainya aku tidak meninggalkannya dahulu, aku pasti bahagia kini bersama Wanita itu.. Selepas aku berlalu pergi dahulu, aku juga bertemu Kekasih baru.. Kekasihku juga sepertiku.. Menyayangiku dan juga hartaku.. Aku berhabis beribu2 untuknya kerana bagiku harta tidak kemana2.. Akhirnya aku tetap kecewa & merana.. Kekasihku juga mempunyai kekasih lain selain dariku.. Aku dipermainkan oleh Kekasihku.. Mungkin itu balasan Tuhan bagiku kerana pernah mempermainkan Wanita itu..

Oh Tuhanku, ampunkan segala dosaku.. Terimalah taubatku.. Peliharalah aku dari kejahatan dan kezaliman.. Oh wanita, maafkan aku.. Aku juga insan biasa yang mempunyai perasaan.. Aku mengharapkan yang terbaik bagiku dan bagimu.. Andai aku bersalah pada suatu ketika dahulu kerana meninggalkanmu, bukalah pintu hatimu kembali untuk menerimaku.. Lupakan segala kenangan lalu.. Aku bersedia menerimamu kembali walaupun aku tahu keadaanmu ketika ini.. Aku terlalu menyintaimu lebih dari yang kau tahu.. Marilah bersamaku membina hidup baru.. Berkeluarga dan melahirkan zuriat untukku.. Bahagia hingga ke anak cucu..

Kini aku sedar bahawa apa yang aku lakukan & kerjakan pasti akan menerima balasan.. Wanita itu berlalu pergi kini meninggalkanku seperti apa yang kulakukan padanya suatu ketika dahulu.. Wanita itu bukan milikku..

Jason Mraz - Lucky ft. Colbie Caillat


Do you hear me
Talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Thursday, October 30, 2008

Sentiasa Dalam Ingatan


02:03 30-10-2008

-Amirul Aswad Bin Razmi-

Ni ada satu rhyme bahasa inggeris yang arwah adik aku
tulis dalam album gambar yang aku masih simpan sampai
sekarang.. Aku sendiri tak paham apa yang cuba disampaikn..
Tapi, bagi aku ia mempunyai makna yang mendalam sebab
orang yang tulis tu dah pergi mengadap Ilahi pada
5 November 2005 Masihi bersamaan 3 Syawal 1426 Hijrah..
Walaupun arwah sudah tak bersama aku lagi, aku tetap akan
ingat dia sampai bila2 sebab dia adik aku..

PEACE FOREVER:

No me, No you,
Life mean live, Die mean done,
Got power, Leave suffer,
Look happy, Feel sorry,
Try so hard, Just a nut,
Close your eye, Think about ice,
Pull the door, Destroy the raw, Up the law,
Control the city, Jump into reality, Forget the loyalty,
Juat say hi, Don't be shy,
What to do, Up to you,
There's no lie, Its new era,
Time to say goodbye & Sayonara..

Al-Fatihah untuk arwah Amirul Aswad Bin Razmi yang telah
hampir 3 tahun pergi meninggalkan kami..

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat
















07:47 30-10-2008

Bagaimana Memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
















LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR & NANGKIR

a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
















LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
















LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
















LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. A. W.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH S.W.T
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


10 Peringatan Bumi


07:33 30-10-2008

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.
Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r.a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal
dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.